Its Me!!! Tersurat di sebalik Tersirat,

Ini cerita aku, cerita bagaimana rasanya bila kita telah merasa akan kehilangan , bagaimana aku bangkit kembali dari hidup dengan hati yang amat dan teramat merindui anak-anak darah daging aku, cerita bagaimana aku seorang lelaki yang gagal menjadi Ayah yang baik dan gagal memberi kasih sayang kepada anak-anak aku, keperitan derita merindui setiap nafas-nafas perjalanan aku dibumi Allah ini...

GAGAL , KEGAGALAN dalam setiap langkah-langkah menjalani kehidupan dunia yang kejam ini. derita merindui anak-anak lebih perit rasanya daripada tikaman tusukan kebendaan yang terlihat, kalau ditikam sekali pun masih tidak dapat menyamai sakitnya merindui tersiratnya kasih aku pada anak-anak,,,

KEGEMBIRAAN yang aku tunjukkan hanyalah lakonan menyorokkan apa yang aku pendamkan,kerana aku seorang MANUSIA yg GAGAL... BANGKIT tidak semudah kata-kata, kerana KESAKITAN akan tetap aku rasa...

Aku pernah DIHINA , aku juga pernah disisihkan, Aku juga pernah dikeji, tapi aku tau semua itu kerana aku GAGAL menjadi Hamba ALLAH yg baik. Walaupun sakit aku tetap harus teruskan juga sisa-sisa perjalanan selagi aku bernafas... 

cerita ini aku kongsikan untuk teladan , dan kesakitan kehilangan itu amat menyakitkan, x semudah yang korang sangkakan. Binalah kebahagiaan , jgn hidup menderita memikirkan akan kegagalan. Korang buatlah yang terbaik demi kehidupan korang dengan sempurna, 

Anak adalah segalanya dalam hati aku , aku boleh sambut besday sahabat-sahabat aku tapi aku tak dapat untuk sambut besday anak-anak aku. aku boleh lepak gelak ketawa bersama sahabat-sahabat aku tapi aku tidak dapat ketawa gembira bermain dan bermanja dengan anak-anak aku,,, 

aku tetap merindui dan sentiasa menyayangi anak-anak aku, setiap saat dan hanya Doa yang dapat aku kirimkan untuk mereka... maafkan Ayah wahai anak-anakku, biarlah kamu fikir ayah kejam, ayah jahat tapi dihati ayah sentiasa berdoa untuk kebahagiaan kamu dunia dan akhirat....

Muhammad Haiqal Khuzairil bin Mohd Yasin
Muhammad Afiq Zahfan bin Mohd Yasin
Nur Syazazlina Husna binti Mohd Yasin


Tambah kapsyen
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TRIP MEMANCING DI KELONG HJ SEMAN, PULAI MELAKA

BURUK SANGKA ( Su'al-Zhan ) ... Merawat Penyakit Hati...