KISAH AKU DAN DIA...

INILAH KISAH KAMI...

    
Aku dilahirkan pada 01 Nov 1984. Xde ape pun yang menarik nak aku ceritakan tentang diri aku ni. setiap Insan yang di Ciptakan Allah s.w.t masing-masing ade keistimewaan tersendiri. yang penting kita harus tabah dan bersyukur atas segala yang telah di tetapkan oleh-Nya.


     Aku telah bertemu Jodoh dengan Noorfaezah. nak tau kat mana kitaorang jumpa? hehehe, kami berjumpa di pusat karaoke box di salah sebuah pasaraya dekat Melaka. tidak sangka pertemuan singkat itu telah membibitkan percintaan di antara kami.walaupun banyak halangan dan rintangan tapi ikatan kami masih utuh. pada mulanya kedua ibubapa kami menolak cadangan kami untuk bertunang atas sebab tiada pekerjaan tetap lagi. masa tu aku just kerja kilang je sama jugak dengan dia. 

     Di takdirkan, pada bulan FEB 2008 dia telah mendapat tawaran bekerja di sektor Awam sebagai Pegawai Imigresen. Aku merasakan harapan aku mula berkecai dan macam-macam andaian nagatif bermain pada fikiran aku. x mungkin kami boleh bersama. kalau boleh pun mesti banyak yang menghalang. Tapi Allhamdulillah, syukur ke Hadrat Illahi, pada bulan APRIL 2008 aku juga mendapat tawaran berkhidmat di sektor Awam sebagai Pekerja Awam di Kementerian Kesihatan. Inilah yang dikatakan Rezeki kami untuk menguatkan lagi kepercayaan ibubapa kami dengan mengizinkan kami mengikat tali pertunangan. Allhamdulillah, semuanya di makbulkan Allah, kami telah mengikat perjanjian pada bulan OGOS 2008.


Tarikh yang tidak dapat kami dilupakan, inilah tarikh kami di satukan dengan ikatan injab & kabul. Pada 04 JUN 2010 jam 10:00mlm dengan sekali lafaz kami telah sah bergelar suami isteri.
Ya Allah, aku amat beryukur di atas segala yang telah engkau kurniakan. walaupun bermacam rintangan dan dugaan yang kami hadapi, perit, duka, gelak, ketawa akhirnya kami teruskan juga hubungan suci ini. walaupun ramai yang mentafsirkan kami akan terlerai,tetapi kami buktikan juga kekukuhan ikatan kami ini. kami tetap berjuang, berusaha agar ikatan kami ini terjalin dengan semangat kemenangan untuk teruskan juga walau badai yang menghalanginya. Allhamdulillah, semua ini dengan pertolongan-Mu Ya Allah. Allah yang Maha Mengetahui setiap hati Hamba-Mu...


         Akhirnya, dengan berkat kesabaran, dan dugaan yang kami hadapi, kami berjaya hidup bahagia sehingga kini. kami sama-sama berusaha mengekalkan kebahagiaan ini. bermula la episod kami sebagai suami isteri. kami harungi bersama-sama kehidupan berumah tangga ini. genap 1 bulan kami sebagai suami isteri, akhirnya matlamat kami untuk meninbang cahaya mata telah dimakbulkan. Isteriku telah disahkan mengandung. betapa gembiranya hati kami, kami meraikannya dengan kesyukuran ke atas Illahi.


       Pada 25 April 2011 jam 8.34mlm, Aku menemani Isteriku untuk sama-sama merasai kesakitan yang dihadapinya semasa melahirkan zuriat aku ini. Aku dapat rasakan betapa peritnya ketika melahirkan anak, aku peluk dan memberi kata-kata semangat kepada isteri aku. zikir dan kalimah Allah tidak lekang di bibir aku. Akhirnya, dengan izin Allah, isteriku telah selamat melahirkan anak lelaki. aku menguncup dahi isteriku dengan linangan airmata kesyukuran. Aku ucapkan TERIMA KASIH di telinganya kerana bermatian melahirkan zuriat aku, anak kami bersama. Lantas aku Mengangkat air sembahyang dan segera mengAzankan di telingga kanan anak kami. sesudah itu aku kamatkan di telingga kirinya, dan seterusnya aku berdoa kepada Illahi, Ya ALLAH, syukur Engkau permudahkan segala  urusan kami dan jadikanlah zuriat ini zuriat yang soleh, zuriat yang mendengar kata orang tua, zuriat yang akan mengikut segala perintah-Mu dan meninggalkan segala larangan-Mu Ya Allah... Amin Ya Robbal Alamin. lalu aku hembuskan nafasku ke atas umbun-umbun anakku.
Kami menamakan anak kami ini dengan nama MUHAMMAD HAIQAL KHUZAIRIL bin MOHD YASIN. 

TERIMA KASIH ISTERIKU NOORFAEZAH BINTI ROSLE atas kepercayaan yang kau berikan, CINTA & KASIH SAYANG yang kau curahkan sepenuhnya terhadap diri ini. PENGORBANAN yg kau berikan dan MENERIMAKU SEADANYA dalam sebahagiaan diri mu.. TERIMA KASIH SAYANG....

Syukur ALLHAMDULILLAH, semoga ikatan ini akan terus bersinar hingga ke syurga...
AMIN, AMIN, YA ROBBAL ALAMAIN....

 THANK YOU ALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TRIP MEMANCING DI KELONG HJ SEMAN, PULAI MELAKA

BURUK SANGKA ( Su'al-Zhan ) ... Merawat Penyakit Hati...