Macamana untuk kita usaha atas Iman dan Amal kita... Tujuan kita diciptakan diiatas mukabumi ini..

Apakah tujuan sebenar kita Hidup dan bernafas di Dunia ini..

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahiwabarakatuh....

Alhamdulillah, Syukur atas segala nikmat yg Allah telah berikan, Allah yg Maha Besar, Maha pengasih dan Maha Penyayang, Allah yg satu, tidak beranak dan diperanakkan, Allah yg mentakbir sekelian alam semesta ini, sesungguhnya puji-pujian hanya selayaknya pada Yg Maha pencipta. Selawat dan Salam atas jujungan baginda Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Nabi utk semua umat akhir zaman iaitu kita semua,Nabi utusan Allah, kekasih Allah. Serta salam pada semua kaum kerabat  baginda, sahabat-sahabat  baginda, para-para ambia, para-para syuhada.

Allah dah menetapkan KEJAYAAN hanya ada pada Agama. Dan bagaimana utk kita MENTAATI perintah Allah dengan mengikut cara dan Sunnah baginda s.a.w?

Untuk berjaya, kita harus melihat dan menc0nt0hi 0rang yg telah berjaya disisi Allah swt... Siapa yg telah berjaya, mereka adalah sahabat-sahabat Baginda s.a.w yg mana Allah telah memberi jaminan syurga kepada sahabat-sahabat baginda semasa sahabat-sahabat baginda masih hidup lagi sehingga mendapat gelaran R0diyaAllah (Allah telah redha kepada mereka).

Ini kerana sahabat-sahabat baginda s.a.w telah usaha atas iman dan Amal dan menjadikan Baginda s.a.w sebagai ikutan dan beriman kepada Allah, serta menyakini hanya dengan cara baginda sahaja akan memberi kejayaan didunia dan akhirat.

Saudara Pembaca yg Allah muliakan,
Kita tahu beras adalah sumber makanan kita semua, darimana datangnya beras, daripada Padi yang telah diusahakan 0leh pesawah-pesawah. Cuba bayangkan jika tiada lagi 0rang usahakan Tanaman padi, apa akan jadi pada beras? lama kelamaan beras yg tersisa akan habis dan tiada lagi beras kerana sudah tiada 0rang untuk usaha atas padi. Macamtu jugalah Iman dan Amal kita, jika tidak diusahakan, iman dan amalan kita akan lemah dan berkekurangan. Kita berat nak mengerjakan amalan-amalan sunat, seperti s0lat-s0lat sunat, Zikir, Istigfar , Tasbih, sedekah, membaca Al-Quran. Malah amalan-amalan sunnah juga seperti amalan d0a-d0a masnul, adab makan, adab tidur, adab masjid dan sebagainya berat utk kita lakukan. Sedangkan itu semua adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w, jadi kita fikir sendiri layakkah kita untuk bersenang lenang skg, cukupkah kita dengan bers0lat Fardhu 5 waktu akan membawa kita kesyurga, sedangkan Nabi malah sahabat2 Nabi berusaha membuat Amalan yg diajar 0leh baginda s.a.w...
Allahuakhbar....

Jadi pentibg juga kita seharusnya berusaha atas Iman dan Amal kita agar Iman dan Amal kita sentiasa meningkat. Ubah salah faham kita bahawa DIRI, HARTA dan MASA ini bukan milik kita, semuanya milik Allah s.w.t.. Hidup di dunia ini hanyalah sementara dan penuh dengan tipu daya,Tetapi kehidupan diakhirat adalah kekal selama-lamanya. Jadi, sementara masih diberi kesempatan, maka pilihlah samaada kita leka hendak mengejar duniawi atau berusaha mencari Akhirat, pilihan ditangan kita?

Wallahualam...
Yg baik itu datangnya dari Allah,
Segala keburukan itu dtgnya dari khilaf saya yg hina ini...
#c0retanuntukmengigatkandirisendiri
#berpesan-pesansesamakita
#Nafikanmahkluk
#IsbadkanAllah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TRIP MEMANCING DI KELONG HJ SEMAN, PULAI MELAKA

BURUK SANGKA ( Su'al-Zhan ) ... Merawat Penyakit Hati...