BURUK SANGKA ( Su'al-Zhan ) ... Merawat Penyakit Hati...

MERAWAT PENYAKIT HATI
 Buruk Sangka ( Su'al-Zhan )
----------------------------------------------------------------------
"Jauhilah kebanyakan dari prasangka [ al-zhann ]. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah Dosa " . {Surah Al-Hujurat : 12 }

Allah s.w.t tidak menyukai sifat buruk sangka yang ada pada setiap hamba-Nya yakni kita sebagai manusia.Oleh itu jauhlah hati kita dari mempunyai sifat-sifat seperti ini...
Kita seharusnya mempunyai sifat bersangka baik terhadap Allah yg Maha Esa, Tuhan yg Menciptakan sekelian Alam, bersangka baik terhadap manusia dan makhluk Allah seluruhnya... Pasti Hati kita akan tenang dari fikiran kacauan andaian keburukan yang kita sangka-sangkakan. Malah boleh menjadikan ia satu tuduhan yang kita sendiri tidak pasti akan kebenarannya. Malah jika disebarkan pada yang lain akan pula menjadi fitnah hanya kerana sikap kita yang suka berburuk sangka terhadap sesuatu yang tidak pasti.

Bersangka Baik Pada Allah
---------------------------------------------------------
- setiap apa yang terjadi semuanya adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Bersangka baiklah, Setiap ujian Allah adalah perancangan Allah yang terbaik untuk Hamba-hamba Nya. Allah tidak menguji hamba Nya melainkan Allah tau  Hamba Nya boleh menghadapi Nya. Kembali kepada Allah, sesungguhnya Allah jua tempat meminta pertolongan.

Bersangka Baik kepada Ibu dan Bapa
---------------------------------------------------------------
- Setiap ibu bapa ingin memberi yang terbaik untuk setiap anak-anaknya baik dari segi didikan agama, akhlak, akademik. Moga setiap anak-anaknya selamat dunia & akhirat.

Bersangka Baik dalam Rumah Tangga
---------------------------------------------------------------
- Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, sifat bersangka baik seharusnga diterapkan pada diri masing-masing samaada suami ataupun isteri. Kebanyakan penceraian berlaku apabila sikap prasangka mula ada terhadap pasangan masing-masing. Seharusnya muzakarahlah, berbincang sesama suami isteri tanpa melibatkan orang lain. Menjaga aib suami dan aib isteri adalah dituntut oleh Allah.
BURUK SANGKA
( Su'al-Zhann ,)


RAWATAN PENYAKIT HATI
HINDARI SIFAT BURUK SANGKA
(Su'Al-Zhann)
---------------------------------------------------------------
1.Bina Aqidah yg Sihat

2. Meninggalkan Kemaksiatan & Kejahatan

3. Mengikut Petunjuk Islam dlm Memutuskan Perkara

4. Menjahui Diri Dari Berbisik-bisik

5. Menjahui Perkara Syubhat

6. Jauhi dari Umpatan

7.Mengekang Hawa  Nafsu dan Syahwat

8. Bergaul dengan org yg Bertaubat

9. Mengingati Akibat Buruk Sangka

Rujukan Buku Merawat 7 Penyakit Hati
#syedmahazirshariffahmad
#renunganbersama
#ygbaekitudatangdariallah
#salahsilapitudaridirisendiri
#jommuhasabahdiri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TRIP MEMANCING DI KELONG HJ SEMAN, PULAI MELAKA