SUAMI VS ISTERI

Dalam kehidupan berumah tangga, petengkaran adalah asam garam yang pasti semua akan lalui. Cuma janganlah jadikan ia sampai berlanjutan. Seharusnya kita suami isteri muhasabahkan diri, tenangkan fikiran, serahkan segalanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui.

Keegoan suami dan isteri sering menjadi punca permasalahan ini. Masing-masing cuba mempertahankan diri sehingga mencetus peperangan tanpa sedar mata-mata sinis melihat gelagat tersebut. Anak -anak terbiar melalak menyaksikan agenda tersebut.. Suami dengan PANAS BARAN, isteri pula tunjukkan KERAS KEPALA. mana SILAPNYA , SIAPA yang SALAH???



KESABARAN, siapa yang harus mulakan dulu ? MENGALAH, siapa harus mengalah dahulu. Cinta dan Kasih sayang yang terjalin sekian lama tiba-tiba menjadi taufan yang menganas sehebat-hebatnya. Masing-masing dengan hati kerasnya. SUAMI yang dulu sangat ditaati kini menjadi mainan kedegilan ISTERI. ISTERI yang dulu sangat dikasihi hancur dengan api kepanasan SUAMI...mana perginya KASIH SAYANG , CINTA yang selama ini tersemat dalam halusan hati.





  FIKIR-FIKIRKANLAH...






Tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang menang sebenarnya. Hanya Syaitan dan sekutunya yang bertepuk tangan besukaria kerana hampir-hampir meruntuhkan ikatan yang terjalin ini. Wahai SUAMI, ingatlah bimbinglah isteri mu berpaksikan agama. Cintainya sepenuh hati, walau badai taufan meribut sekali pun tetapkanlah dalam hati mu bahawa DIA (isteri) adalah anugerah dan Rahmat dari ALLAH swt... WAHAI ISTERI, INGATILAH PESANAN INI, cintailah suami mu dengan sepenuh hati dan seadanya. seandainya darjat dunia engkau lebih tinggi darinya tetapi darjat suami mu lebih hebat sehingga membawa engkau ke syurga. Taatilah suami mu, Dengar dan ikuti perintahnya....

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.....
WASALAM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TRIP MEMANCING DI KELONG HJ SEMAN, PULAI MELAKA

BURUK SANGKA ( Su'al-Zhan ) ... Merawat Penyakit Hati...